apa yang kamu rasa apabila menyedari beg telah diseluk oleh penyeluk durjana?
i was so shocked!!!
alone in a mall.. without money.. no IC.. no bank card..
macam ayam berak kapur sudah
5minit juga berdiri terkedu
dalam situasi begini, apa yang perlu buat yek?
CUAI ATAU CURI?
after coming back to reality,
pergi baik ke tempat yang telah dilalui.
manalah tahu kan tercicir ( sangat-sangat berharap). tiada.
check dalam kereta. tiada.
maka TAHNIAH mar, kerana anda telah diseluk beg!
andaian ini 98.99% tepat.
buktinya, bila fikir balik zip beg terbuka (for sure aku da tutup awal-awal)
dan penyeluk beg itu pasti buat kerja durjana ni masa orang bersesakan tengok baju
hebatkan manusia ni!
BUAT REPORT KEHILANGAN
tak perlu kot menangis.sia-sia saja
dompet tu takkan datang balik on the spot
oleh itu, cepatlah buat report kehilangan dompet kat customer service.
hasrat hati nak tengok cctv ala-ala dalam cerita CSI
tapi hampeh. prosedur nak mohon tengok leceh betul!
BLOCK KAD BANK
oleh sebab diri tak berapa nak kaya,
tak mungkin la aku ni pemurah nak kasi kat pencuri tu
lagi-lagi kalau si P tu pengodam terhebat
lepas ni kalau nak keluar tak perlu bawa kad bank
hisy..malaysia ni da tak selamat ok!
JUMPA POLIS
buat kali kedua dalam hidup aku pergi balai
dulu buat report langgar buntut kereta orang.haha
sekarang kes ni pula
so tak lah janggal pergi balai sorang-sorang
oh by the way, tiada siapa tahu nasib yang menimpa aku
sebab aku rasa kecil je masalah ni
relaks sudah!
doa banyak-banyak moga Allah lembutkan hati pencuri tu
untuk pulangkan semula dompet
alhamdulillah, ia berjaya!
malam tu juga dapat call daripada pihak mall,
cakap mereka jumpa dompet.
semua ada kecuali duit yang tak berapa ada.hahaha
alhamdulillah...
you see, bila kita fikir positif,
kita akan dapat benda positif juga :)
*senyum*
bagi kita, jika hilang harta sedikit pun,
rasa macam nak nangis air mata darah.
macam tak ada pegangan hidup dah
susah nak lepaskan harta itu pergi, bukan...?
cuba bayangkan saudara kita di sana
tiada duit, tiada kerja, tiada harta
rumah yang ada pun dirobohkan oleh tangan sendiri
dek tak mahu disaman oleh Zionis laknatullah
tinggi sungguh kesabaran mereka.
rupa-rupanya hati manusia ni sangat hebat!
mari kita cuba lepaskan harta yang ada walau sebesar zarah
beri pada hati-hati kuat di sana...
lepaskan ia untuk bersihkan hati ini,
moga boleh menjadi kuat seperti hati-hati itu.
p/s: ketika berada di dalam masjid biru shah alam.
subhanallah. cantik sangat!