Wednesday, April 13, 2011

:l



" ... Barangsiapa bertaqwa kepada Allah,
nescaya Dia akan membukakan jalan keluar baginya,
dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak pernah diduga.
Dan barangsiapa bertawakkal kepada Allah,
nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya.
Sesungguhnya Allah melaksanakan kehendakNya.
Sungguh, Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu."
[Surah At-Talaq, 65: 2-3]



Ujian yang dihadapi oleh manusia di dunia ini adalah dalam dua bentuk,
iaitu sama ada kesusahan atau kesenangan.


Apabila terujinya seseorang hamba,
maka segala dugaan dari-Nya itu
adalah sebagai penghapus dosa.



Pernahkah sekali kita memahami alam?


Mengapa Tuhan hadirkan pelangi selepas hujan?
Mengapa Tuhan tumbuhkan bunga selepas kering-kontang?
Mengapa tidak ada hujan berpanjangan atau sinar mentari yang menyinari alam?
Mengapa harus ada putaran alam seperti hitam malam dihiasi bintang?
Mengapa untuk tidak ada sekaligus dalam satu masa?
Mengapa harus hilang sesuatu untuk sesuatu?




Jawabnya senang.




Kerana tidak ada kemanisan tanpa ada kepahitan, dugaan dan rintangan.
Mengecapi kebahagiaan memerlukan pengorbanan.
Setiap kesenangan akan ada bayaran.


Biar hujan di dalam hati, pasti ada pelangi yang menanti.




InsyaAllah.