Saturday, March 10, 2012

bila sedia...


CINTA, JODOH DAN SYURGA
forum yang membuka minda!



jodoh yg ditemui lebih baik dari jodoh yg dicari
-ustz pahrol-


Cinta itu adalah anugerah.
Sekiranya cinta berlandaskan nafsu dan maksiat, itu bukan cinta!
dan Allah berhak mengambilnya pada bila-bila masa yg dia kehendaki
-ustazh zawiyah-


kita selalu cari wedding planner untuk rancang satu hari yang amat penting,
tapi kita lupa yang marriage planner itu lagiiiiiii penting untuk berpuluh-puluh tahun seterusnya.
-prof muhaya-




input yang amat berguna
moga hati keras ini mampu lembut sedikit demi sedikit


jujurnya, aku tak terfikir nak kahwin tatkala semua orang sibuk dengan isu tu
call me noob or innocent or kuno or whatever..
even aku kena marah dengan kawan sebab cakap tak nak kahwin..


well i cant scold you back.
you have your own opinion
and i have my own reason..




"kenapa madi?"

"sebab aku nak jaga mak ayah sampai bila-bila"

"lepas kahwin tak semestinya kita tak boleh jaga mak ayah.
jangan cari alasan.lagipun kahwin kan sunnah.."

"ya, betul. tapi susah nak cari suami yang memahami kehendak diri.."

"ko tak cuba lagi kan..?"

"memang la. tapi ada tak lelaki yang sanggup tinggal dengan mertuanya?
aku nak jaga mak ayah bukan setakat call on the phone.
aku nak tinggal sebumbung dengan mereka,
jaga makan minum pakaian mereka,
bawa mereka ke mana saja mereka mahu,
menjadi tempat mereka mengadu
...macam sekarang."




itu cara aku.
cara kita mungkin berlainan.
suatu masa nanti akan dapat title doktor.
pasti kekangan masa itu ada.


seorang isteri wajib mengutamakan suami.
tapi aku mahu letakkan suami dan ummi abah di taraf yang sama
mampu kah? Allah lebih Maha Mengetahui.


bagi kamu, mungkin kasih pada suami itu menyelubungi segenap hati
tapi bagi aku, kasih terhadap ummi abah
yang dicambah berpuluh tahun lamanya
tak mampu menandingi kasih pada suami.




mereka yang tak berdoa pada Allah
untuk jodoh yang soleh/solehah adalah orang bajet bagus!!
doa bukan sekali dua, tapi hari-hari.
-prof muhaya-



*tertelan air liur*


ok.tak nak jadi orang bajet bagus da..
mungkin kena tukar mind set.


moga tak ada sebab untuk aku memilih antara dua
moga dia yang dinanti adalah yang memahami kehendak diri.


aku tak akan memilih,
kerana dua-dua ini bukan lah pilihan tetapi amanah.



prof muhaya.
beliau kahwin masa tahun 2 medic. WOW!