Sunday, December 15, 2013

belajar redha


saying hello to my page
serious terbengkalai tak ada masa nak menulis

saat coretan ini ditulis, mata kuyu
tapi tetap gagah bersemangat kerana pakai internet streamyx baru yang berkuasa kuda kepang
berhempas pulas tukar password, akhirnya selesai.. *tepuk bahu sendiri*

hidup sekarang jauh berubah. hanya sempat bersosial di wad
balik rumah terus lentok atas bantal

no more lepak-ing at cafe with a cup of hot chocolate
no more shopping spree
no more watching movie/ drama



serving my beautiful country, terengganu.


the best part of being here is...
whenever i feel  so stressful, i just look over the window 
and tadaaaaa...

what a bliss~



orang lonely jalan-jalan tepi pantai
sambil makan secucuk bebola

alangkah indahnya hidup..


sometimes i wish i can go back to KL
but naaaaaahhh..jangan harap~
cuti pun 2 kali seminggu. sedeyyyyy!

dulu banyak masa tiada duit,
tapi sekarang banyak duit tiada masa.



mencari kesempatan dalam kesempitan
belajar redha *senyum pahit*







Wednesday, October 2, 2013

kuching aku datang





bermula dengan sebuah (sebuah?) mesej,
tak fikir panjang aku terus kata "Yes, I do!"


[tips untuk jadikan plan cuti anda berjaya: jangan banyak rancang, just do it.
tak payah nak rancang kebaboom but end up being cancelled. sedih!]




segala penghargaan buat Deebot yang uruskan flight dan Zue yang uruskan hotel.
aku? tukang ikut je hehehe pemeriah majlis.


tapi orang paling penting sekali adalah touristguides kami: Fizah dan My
segala budi dibawa mati. ya aa awwww~




of course ini first time aku jejak kaki ke Sarawak.
pergi sana rasa macam bukan di Malaysia sebab orang sana cakap bahasa yang aku tak berapa faham.


secara amnya, kami pergi sana 4 hari 3 malam.

Day 1: 
jalan-jalan sekitar bandar Kuching. beli souvenir di deretan kedai area Waterfront. 
makan Sarawakian cuisine iaitu mee kolok, laksa Sarawak.

Day 2: 
ziarah Jong's Crocodile Farm dan Semenggoh.
makan seafood di TopSpot (kedai Bukit Mata- gila famous kawww, penuh customers.)

Day 3:
pergi Kampung Budaya Sarawak dan Pantai Damai di Santubong.
makan Chinese style cuisine dan the best butterprawn in town di Sarawak Club

Day 4:
sunbathing dan shopping time di Pasar Serikin.



cuaca Kuching di bulan September agak ekstrem. 
siang panas bahang. malam hujan renyai.
so payung adalah benda crucial untuk disediakan kalau tak nak sunburn dan ditangkap basah kehujanan


jangan lupa minum plenty of mineral water.
kalau tak, you will end up having sorethroat and cough blablabla just like me. 
padan muka!



menikmati hari-hari cuti terakhir...
selamat bertugas tabibah sekalian



tak sah kalau pergi sana tak beli kek lapis Sarawak.
boleh dapat merata tempat sekitar Kuching Waterfront.
kalau rajin nak naik bot teksi seberang sungai, pergilah ke Kampung Melayu, macam-macam kedai ada.
dari kedai Dayang (pelopor keklapis) sampailah ke kedai Yatts(kedai sedara My)
nak tahu mana satu yang sedap, korang rasa tester yang dia sediakan.
makan sampai sendawa pun takpe, tuan kedai tak marah (dengan syarat belilah kan!)


tapikan nak habak mai, kek lapis ni ada 2 jenis
hak guna marjerin dengan butter.
kalau marjerin rasanya masin cepat muak.
kalau guna butter serupa makan kek, sedap lagi.


kedai ni memang highly recommended. 
aku cuba sendiri dan aku suka!
jadi aku nak orang lain pun turut sama cuba.


orang kedai ni cakap mereka ada delivery service dari Sarawak ke KL.
just pickup point di KL Sentral. no extra charge. 
Aku dengar teruja tau! Lepas ni memang jadi regular customer la.



the best selling kek lapis: Marble Cheese. 




thats the end of my trip.
lagi 4 hari nak mula kerja. scary!!!


akhir kata, majulah Kuching untuk negara.
meowww!






Friday, September 20, 2013

rustybrain





[Bukit Kluang, Terengganu]


enjoying my long-lasting, endless holidays.


exploring East Coast side.
babysitting.
cooking.
shopping.
kdrama-ing.
karootkomedia-ing.


and yet no reading. i mean serious medical reading. hak!






cahaya keinsafan diperlukan.
SOS! 









Sunday, August 4, 2013

Ramadhan kali ini..



annyong hasukwa~
lama juga tak jengah ke sini aip aip


i'm officially broke..hidup atas ehsan abuji omonim
abuji, omonim, mianhae -.-""!
da tanam anggur selama 3 bulan, hmmm lagi sikit je nak boleh menuai hasil tanaman..
on one side memang rasa kecewa sikit. sikit jeeee 
sebab hasrat hati nak berdikari dan bergaji maka boleh lah menyara abuji omonim.
on the other side, aku redha dan bersyukur pada Allah, maaaaaani kamsa teoroyo!
sebab bagi aku peluang jadi suri rumah sepenuh masa.


oh ya, sedar tak sedar kita sudah sampai ke penghujung ramadhan
moga Allah beri kesempatan lagi untuk bertemu ramadhan akan datang.
tapi serius cakap bukan nak berlagak, cuma puasa kali ini adalah termanis dalam sejarah hidup aku.
mungkin sebab aku punya masa lebih untuk fokus pada ibadah.
ibadah pada Allah dan ibadah pada abuji omonim.


aku ada tanam azam kali ni nak kurangkan tahap ketagihan pada kdrama.
sebagai persediaan before mula kerja. takut nanti menderita dapat withdrawal symptoms.
punyalah tabah nak lawan onak ketagihan ni, tapi akhirnya aku tewas pada 'Appa odiga?' show
ahhhh!! wae? wae? wae? wae? wae???




minguk paling tua, berdikari, paling responsible
sungjoon bookworm dan berambut kacak! haha
yoonho talkative, suka makan especially telur, tungtung comel.
junsu nampak macam ADHD je. hul! tapi senyuman dia priceless ^^
jiah lovely girl, manja, cantik :)


now u tell me how to resist these forces of cuteness??



baking in progress
siapkan choc chip coookies kegemaran anak-anak buahku
mesti mereka terharu. haha ^^


tinggal tiga hari lagi..





Thursday, June 27, 2013

di pantai irama...






rezeki si penjual ais krim.


selipar memberi keselesaan tatkala berlarian di pantai.


menikmati secawan ais krim 


hidupan laut segar bugar dijemur sebelum dijual bersama ikan masin yang lain.


antara barang-barang yang dijual untuk menghabiskan duit mak bapa


red warrior fan ada di mana-mana.


hantu air.


ketua hantu air berbaju kuning.


family bonding time...




niat sebenar abah bawa kami ke sini rupa-rupanya adalah ingin mencari tuan kuda.
ikut plan bila da pindah balik kampung nak bela kuda -.-"""


alahai abahku, alkisah bila sudah bela haiwan ni nanti, 
maka makin tipislah harapan nak jalan-jalan makan angin.



oh tidakkkk!!!




Friday, June 21, 2013

dear nephews...






intern juniors.


achik doakan moga adam, ammar dan afiq jadi orang berguna.
tak kisah nak jadi apa asalkan ada sumbangan terhadap agama dan negara :)







Thursday, June 20, 2013

cuti lagi..


sudah selamat diujibakat oleh panel SPA,
mujur tiada soalan bombastik diajukan.
10 minit yang sekadar borak kosong...


sebulan lagi sebelum induksi.
ayuh sambung cuti!
#inowpokaikenadudukrumahsaja   #nomoneynotalklawei




akan merindui sahabat-sahabat UKM, 
semoga bertemu di induksi nanti.






Wednesday, June 12, 2013

the right sepatu..





choosing the right 'sepatu' is not a-piece-of-cake matter!



you, out there! don't go far away
it is time to stay...



or maybe you are already in front of me
and i am the one who full of greed! 





Monday, June 3, 2013

안녕~







"넌 괜찮은 거니?
내 곁이 아닌 다른 거기서.."


안녕~  (-__-) 








Friday, May 31, 2013

kampung-style




the hustle and bustle of city life.
[Kuala Lumpur]


versus




kampung-style serenity.
[Besut, Terengganu]





dulu, bila abah cakap nanti besar nak pindah kampung, akulah orang pertama menentang sekerasnya.
tak mahu tinggal kat kampung yang tak ada apa-apa, duduk bandar lagi seronok.

bila sudah besar, aku paling tak sabar nak pindah balik sana.
bosan dengan hiruk-pikuk KL.



inilah yang dikatakan.. 
bagai meludah di langit, terkena muka sendiri.

haaaaaa! 





Thursday, May 23, 2013

sunggur, i miss you.



5 tahun tak jumpa, perangai masih sama...
sunggur rock kapak!





semua sudah jadi orang berguna.
doctors, dentists and a chemist.
sejuk perut mak nokkkkk!


mungkin next reunion kolek anak sekali.
boleh main gocoh ramai-ramai


tiba-tiba rindu zaman asasi dulu. awwww!





may Allah bless us all, in dunia and akhirah.


p/s: sunggur tu bahasa nepal. maksudnya ...... (dirahsiakan)
ngok betul saima, tang mana dia jumpa word tu.
terus terlekat sampai sekarang~




Friday, May 3, 2013

A new journey.. coming soon


Alhamdulillah.
the best birthday gift for me!

guess i have to get used to be called as Dr. Mar



sahabat dunia dan akhirah.
manis sangat sangat sangat bila kita sama-sama berjaya :)


hati-hati saling bertaut, mengikat janji mendokong syariatMu
maka eratkanlah ya Allah. 



the best teacher in the world.
tak terbayang betapa besarnya pahala yang prof Shahrir dapat



[kakmar.kakzatel.nadiah.hajar.farah.aimi.nad.shiqin.kakmah.naaimah] 


tiga minggu bersama kamu tak terbanding dengan lima tahun aku berada di sini
 hanya Allah tahu betapa dalam kasihku pada insan-insan ini






lepas ni masing-masing menghala ke jalan hidup sendiri
jalan bukan selalu lurus, ada bengkang-bengkok,
naik turun bukit, jalan berlopak, siap ada bumper tinggi..

tapi ingat, selagi GPS Islam itu ada,
maka kita takkan sesat :)


A new journey...coming soon.
tapi sekarang jom rilek dulu~





Monday, April 29, 2013

ada apa dengan SPA?



Sesungguhnya dalam kesulitan, ada kemudahan.



untuk apa yang berlaku hari ini,
aku percaya ada hikmah di sebalik.



kawan-kawan ada yang berjuraian air mata
mengenang temuduga yang dibatalkan even before it starts.
risau nanti lambat mula kerja...

tapi cuba fikir balik..
serah semua itu pada Allah
rezeki Dia untuk kita pasti ada



semua orang marah, sakit hati.
perlukan seseorang untuk disalahkan,
mungkin itu cara untuk melegakan kerisauan.

tapi cuba fikir balik..
ada juga salah kita semua
dalam 100 orang ni, tiada yang check di website SPA sendiri


kerana kita sudah meletakkan sepenuh harapan 
dan kepercayaan bulat-bulat pada insan itu,
hingga terlupa insan itu mungkin cuai atau lalai~



hari ini kami berjaya melakar sejarah SPA,
di mana tak pernah lagi mereka batalkan sesi temuduga seperti tadi
tahniah semua~



morning jog~ 
baguslah tu! wangi-wangi dengan make up, sekali kena jalan jauh...




mencari ketenangan di Masjid Negara. mewah! :)


sebagai pencerahan,
KKM yang akan tempatkan kita ke hospital yang dipilih.
interview SPA ini hanyalah untuk mengesahkan
kita dibenarkan untuk berkhidmat sebagai pegawai kerajaan.


jadi lambat interview tak bermakna lambat start kerja.
jangan sia-siakan rasa sedih anda! chill out~



Saturday, April 20, 2013

عمري أربعة و عشرون

 
 
baru habis theory payperrr
break kejap hela nafas.. menanti khamis depan
 
 
i am officially 24 years plus 3 days.


sepanjang 5 tahun ni celebrate birthday masa exam week.
sumpah kurang happy sebab stress melampau


kali ni lain.gembira sangat!
mungkin ada sahabat-sahabat
yang berkongsi emosi dan saling membakar semangat.
 
 
its a blessing to have family and friends
who think of you, even for minutes in their life.
the prayers are so precious...
and i ask Allah for the same thing goes to each of you.
 
 
 
thank Angah for the lovely rainbow in jar.
nomu yeoppoyo!!
 
 
ummi's mee rebus!
the best chef in the world.
 
yang aku musykil, kenapalah 'kuah' tak tumpah ke 'nasi' yek?
 

 
kawan kasi tabung. saja nak suruh aku jimat duit la ni.
katanya aku ni pemboros! haha *sengih kambing*
oleh sebab gambar tabung ni lawa, aku jadi semangat nak sahut cabaran hang.
 
sila gigih kumpul duit k kalau hang nak pi londong
 
 
 
chocolate is an ecstasy.
yeah, i love ecstasy. eh!
bila hantu coklat dapat ini, terus jadi euphoria.. :)
 
 
 
 
dari sahabat untuk sahabat :)
velvet sedap! terima kasih. sayang ketat-ketat <3 p="">
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
aku tidak meminta padaNya dipanjangkan umur,
kerana aku takut aku akan leka dengan dunia.
 
 
 
 
 
 
 
 


Tuesday, April 16, 2013

masanya telah tiba..






Ya Allah, 
lapangkan dadaku. permudahkan urusanku.


aku titipkan kepadaMu segala pengetahuan 
yang Kau berikan kepadaku,
maka kembalikan pengetahuan itu padaku di saat aku memerlukannya.
 wahai Tuhan sekalian alam.




ilmu itu cahaya. 
dan cahaya akan menerangi segenap ruang dalam dada.


[professional exam. 15-26hb April 2013]


p/s 1: lepas ni nak amalkan doa ni sampai bila-bila,
bukan setakat untuk exam saja :)

p/s 2: tak sabar nak cuti. plan sudah siap! tak tahannnnn..



Wednesday, April 3, 2013

malacca





i lived in malacca once for 2 years
and i kinda miss those great moment. 

can i go back to school again??
 i don't wanna grow old..
*memang la diberi sidekick je minah ni!*

i'm fighting for life all this while.



p/s: masa form5, rasa macam SPM tu segala-galanya. tapi sebenarnya tidak.

sekarang rasa degree ni segala-galanya.
tanpa sedar masih banyak yang perlu dikecapi dalam hidup ini...
sentap mak!

Saturday, March 30, 2013







save the energy. save the earth.


save human kind.
save Palestine!


p/s: bila tengok KLCC, tiba-tiba teringat Korean movie 'The Tower'. scary!





Tuesday, March 5, 2013

towards the peak!





rasa letih. sangat!
seperti sedang mendaki gunung.

mula-mula excited terlebih...


1 per 5 jalan, dah mula tercungap..


masuk 2 per 5 jalan, dah rasa sengal kaki..


3 per 5 jalan, berhenti rehat kejap sambil makan kudap..


sambung sampai 4 per 5, mula fikir patut patah balik tak...
tapi kuatkan hati teruskan juga.


hinggalah satu saat, kau rasa macam da berjam-jam mendaki but still tak sampai puncak lagi
dalam hati memberontak, "kenapalah kau gatal nak mendaki ni?"


ya, sila jangan berhenti tanya kenapa. 






sudah halfway, eh tak. 3/4way. nak quit rasa sayaaaaaang
bertahan! bertahan!
ke arah puncak~~ 



"if you are going to work for God, 
then let Him decide whether you are ready or not for it."

thanks kak for the knockdown :)






Thursday, February 21, 2013

the blackjack





credit to the owner.


sudah download dan tonton HD sambil makan popcorn.
tersedak aku nak menyanyi lagi nak menjerit lagi.
sopan santun sangat!


last year tak jadi buat tour in malaysia, ada aral melintang
so this year harap-harap boleh jumpa.
by the time sudah bergaji, boleh ambil Blackjack seat! :)


내가 당신을 기다리고있을 게요!
2ne1 놀자~



p/s: downloading Official Big Bang Alive Tour in Seoul... in progress.
tak cukup sekali dengan live concert, nak juga versi recorded video.
pandai sungguh YG mempokaikan VIP.









Friday, February 15, 2013

I.M.Y


2 minggu ditinggalkan. honja so.
the emptiness is suffocating.
tak biasa verjauhan dengan mereka


i am counting hours, waiting for them to come back home.
rindu rindu rinduuuuu~~




happy belated birthday, Abah & Angah.
rezeki mereka raikan di sana.



رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صَغِيْرًا


uhibbukum kathiran, a'elati :)







p/s #1:  b.arab aku da berkarat rupanya :(  gawat nih!

p/s #2: 2 minggu ni cukup buat aku rasa aku tak boleh hidup tanpa mereka di sisi.
baiklah, batalkan niat untuk ke sabah/sarawak. muktamad! Pantai Timur, here I come...

p/s #3: kena belajar untuk jadi tabah demi Misi Sebulan Mastautin di sana nanti.
tolong jangan homesick. andwaeyo! 



Thursday, January 31, 2013

Komugi des!


tadi tolong jawab soalan survey SSM tahun 4.
semua soalan berkaitan isu makan.


tiba-tiba ada satu soalan berbunyi,
"I find myself preoccupied with food."
honestly, memang pun especially food yang nampak unik, gorjes dan attractive!



masa tu terus terlintas di fikiran: Oh, nak KOMUGI!  




raja pastri di Komugi. by noon habis custard crone ni.
mujur sempat beli satu. serius pengsan makan. koronet dia crunchy! kyaaaa~




sebelum ni beardpapa's terbaik, but now no more.
the best creampuff for this year goes to... *dadadadaaaa* Komugi. yey!!



Komugi baru nak bertapak di Malaysia.
tahniah sebab anda berjaya sampai ke sini.
semoga terus sukses meng'obesiti'kan rakyat malaysia. 

p/s: tapi bread Komugi rata-rata berkhasiat! wholegrain with cranberry,walnut etc. 
cuma sayang sekali tampak overbaked~ 
keras, kalau baling ke anjing, nescaya boleh jadi arwah!



Monday, January 28, 2013

harry fear, not harry potter





Harry Fear in Malaysia.. at last~
he was here, o yeaaahh here! 


inspiring.
he really did some magical stuff in his life and others.


“These are people who are being bombed, they have lost their land and identity, yet they are very good human beings. The people who are being oppressed and silenced, made faceless and voiceless, are so amazing that it gives you the drive to continue helping them get their faces and voices back," 



At the age of 24, he goes around the world to spread the humanity awareness.
looking at myself-same age, i've done nothing but boycotting Israel's. 
such a small effort huh? but i believe it is meaningful...


may Allah grant you Islam and Iman :)



Harry Fear has no fear.