Sesungguhnya dalam kesulitan, ada kemudahan.
untuk apa yang berlaku hari ini,
aku percaya ada hikmah di sebalik.
kawan-kawan ada yang berjuraian air mata
mengenang temuduga yang dibatalkan even before it starts.
risau nanti lambat mula kerja...
tapi cuba fikir balik..
serah semua itu pada Allah
rezeki Dia untuk kita pasti ada
semua orang marah, sakit hati.
perlukan seseorang untuk disalahkan,
mungkin itu cara untuk melegakan kerisauan.
tapi cuba fikir balik..
ada juga salah kita semua
dalam 100 orang ni, tiada yang check di website SPA sendiri
kerana kita sudah meletakkan sepenuh harapan
dan kepercayaan bulat-bulat pada insan itu,
hingga terlupa insan itu mungkin cuai atau lalai~
hari ini kami berjaya melakar sejarah SPA,
di mana tak pernah lagi mereka batalkan sesi temuduga seperti tadi
tahniah semua~
morning jog~
baguslah tu! wangi-wangi dengan make up, sekali kena jalan jauh...
mencari ketenangan di Masjid Negara. mewah! :)
sebagai pencerahan,
KKM yang akan tempatkan kita ke hospital yang dipilih.
interview SPA ini hanyalah untuk mengesahkan
kita dibenarkan untuk berkhidmat sebagai pegawai kerajaan.
jadi lambat interview tak bermakna lambat start kerja.
jangan sia-siakan rasa sedih anda! chill out~