Monday, January 30, 2012

leleh~





yummy!

choc cake with vanilla ice cream
(by Delicious.rm12+)

macam lava gunung merapi~

poofffff!!!



p/s: kan da kata, saya peminat 'tegar susah mati' coklat~


Sunday, January 29, 2012

kerabat tanggang



apa jenis anak la...

hidup untuk kepuasan diri

rela spend duit ribu-ribu untuk diri dan kawan
tapi dengan mak sendiri berkira


jangan sampai mak kau berkira dengan kau!!!
sampai kau mati pun takkan berkurang 'hutang' kau tau


sekali mak kecil hati,
takkan cium bau surga..


p/s: baik kau bertaubat.minta ampun kat mak sekarang!




Wednesday, January 25, 2012

rehlah kita





a FUN day indeed!



dengan penuh semangat pergi ke P
reminder: tengahari sudah!



masak ramai-ramai memang seronok!
well, ini kali pertama tengok semua pegang senduk
wow!! tak sangka, da boleh jadi isteri orang~
*amazed*


*nangis*
jumpa cikgu shafa!

ulang sekali lagi
kami TERjumpa cikgu shafa!!!

kalau bukan sebab trafik light kaler merah, kami takkan jumpa cikgu
kalau rafiqah tak ingat no plat keta cikgu, kami tak jumpa cikgu
kalau kami tak lambai macam orang fanatik, kami tak jumpa cikgu

sampai ada yang sanggup terjun kereta nak kejar cikgu tu!
aduiii..excited punya pasal

siapa tak ingat cikgu feveret kami!
masa belajar kimia dulu, suara cikgu dari lab tingkat 3
boleh dengar sampai ground floor



sambil makan, sambil bercerita tentang zaman dahulu kala.
terasa muda sekejap.
eh, sori ye, i'm still young!

semua da ada haluan masing-masing
ada yang da sampai jodoh.
insyaAllah mudah-mudahan semua berjalan lancar
tak sabar nak makan nasi minyak awak!


p/s: tim nak kahwin da sabtu ni.
cikgu pun cakap kami da tua, da boleh buat anak da (-.-)"
man man lai la cikgu...





asyik main lagu ni
sampai berair telinga




Sunday, January 15, 2012

kritik?



K.R.I.T.I.K (an)

didefinisikan sebagai penilaian aka judgment
terhadap kerja atau tindakan seseorang atau kumpulan.


dengar macam jahat je kan
but it depends on how u look at it..


seandainya anda fikir ia:

hanya untuk cari kesalahan orang agar boleh kita menuding jari telunjuk,
penyebab kebencian, perbalahan dan api kemarahan,
menjadi senjata untuk ditembak ke arah ketua aka leader,

maka anda adalah seorang dewasa yang mempunyai minda budak tadika.

booooooo~


sekiranya anda berpendapat bahawa ia:

beri teguran di mana kesalahan anda so that u will learn,
mencari jalan penyelesaian aka solution bagi sesuatu isu,
ditujukan kepada leader kerana leader adalah jurucakap kepada orang awam,

maka your mind development is appropriate with your age.

phewww~


honestly,
aku tak gemar menjadi pengkritik
tapi aku teruja jika seseorang mengkritik saya...
sebab aku sedar diri ni tak sempurna
dan masih ada orang ambil berat


bagi aku, memberi pujian kepada orang yang berhak adalah cool dan bergaya!

tapi kalau beri pujian tanpa kritikan kepada orang yang kurang sikit berhak,
maka ia ibarat memberi madu dicampuri racun.
manis tapi akan membunuh senyap-senyap!


oleh itu, KRITIKlah aku.
jangan puji saya, unless i deserve it.


eh, macam berkempen pula!





tak perlu kot nak terkejut macam ni bila dikritik.
buat p-p-p-pokerface p-p-pokerface sudaaa~



Wednesday, January 11, 2012

berubah jom!



pernah tak terbaca mana-mana..

"lelaki suka perempuan yang
pakai tudung litup tutup aurat, sopan santun lemah lembut,
jaga mata jaga mulut, banyak ilmu agama, pandai mengaji,
pandai memasak yada yada yada..
untuk dibuat isteri"


isyk, geli telinga aku. *korek jap*
ye aku tak sangkal yang
wanita seperti itu memang menjadi idaman setiap lelaki


tapi lelaki PATUTLAH sedar diri!


anda pun perlu tahu
yang seorang perempuan itu inginkan seorang suami yang
memelihara pandangan, jaga pergaulan
lagi banyak ilmu agama di dada, hafaz surah quran,
menjadi imam untuk setiap solatnya,
tak pandai masak pun takpe asal ringan tangan tolong sama-sama

haaaa...
tahu tak kenapa?
sebab lelaki kan ketua keluarga.
kapten of marriage-'ship'
eee perosak bahasa la anda ni!




sebenarnya tak kisah la
lelaki ke perempuan ke
kalau anda jahat macam anak syaiton sekalipun,
jika ada usaha kuat dan istiqamah nak berubah,
insyaAllah syaiton konpem surrender tak nak kacau anda dah.

semua orang mampu lakukannya


dan,
bukankah lebih manis....
pabila lelaki dan perempuan itu bertemu
untuk jadi lebiiiiiiiiiiiih baik
sama-sama raih cinta Dia.
awwww sweet nye. *kepala lentok*

motif sebenar post ini adalah:
jangan sekadar berharap nak pasangan yang soleh/solehah
tolonglah sedar diri tu dulu!
pandang dalam cermin buat refleksologi, eh silap! refleksi.
ubahlah diri, perbaiki akhlak, tingkatkan ibadah

insyaAllah,
anda akan rasa manisnya
andai tiada pasangan sekalipun...
cukuplah Allah bagi diri..


*senyum*



bebi pun suka refleksi diri dia sampai cium cium~



Thursday, January 5, 2012

stress



nak diagnose diri ada

ACUTE STRESS DISORDER

boleh?


trauma tengok semua terms dalam psychology
buku kaplan tu guna perkataan bombastic fantastic!!

susah nak concentrate..
kalau boleh tak nak pikir segala istilah tu sebab jadi makin confuse -.-"

oleh yang demikian, maka kadar hasil study aku pun menurun..
perasaan pun da tak keruan
rasa irritable je, terlebih sensitif pula


haaaa..bila sensitivity seseorang tu ter'over' the limit kan,
jadi la dia bekeng dan mudah terluka


ye, aku jadi hypersensitive
bila ada orang emo dan aku tak paham kenapa dia nak emo, aku pun jadi emo

oh penat la jadi lalang yang akan ikut arah angin bertiup.
erk...apa kaitan? ok sila abaikan petikan ini



nak katanya, malas da nak fikir pasal individu lain
penat rasanya jadi orang yang friendly ni.
eh ko ni perasan ke ape?


penat la asyik selalu tegur orang, senyum kat orang, siap lambai tangan lagi
bukan tak ikhlas, cuma sedih la bila orang balas muka kicap kat kita,
ada tu buat dek saja.
awww malu! ok, aku da blacklist ko k. haha kejammm kan aku
astaghfirullah


ni yang buat rasa nak obses dengan diri sendiri.
boleh tak?? eeww geli!

nak sangat ada obsessive compulsive trait
dan kalau boleh nak dikhususkan dalam study
waah super ohsem bukan?
takkan rasa jemu nak belajar
boleh la hadap buku 12jam nonstop
lepas tu facebook terus deactivate dan dikuburkan


hahahahaa ouch!
semua itu palsu
hahaha but its possible kan.....


merapu malam-malam
hari ini hingar-bingar
mungkin 3 jam bertapa di bilik autopsy,
diselubungi dengan bau-bauan yang menusuk kalbu
atau mungkin juga terlebih tenaga lepas berpeluh petang tadi


hooayeah towards a healthier life :)



p/s: ruh ini kosong sangat.
perlu santapan rohani
ingin berkongsi kekuatan jiwa
*sugul*