Monday, June 25, 2012

Misi genting




tersebutlah kisah kelmarin yang dinantikan
akhirnya aku sampai ke genting...
....buat kali kedua.

first time pergi dengan family. main indoor saja la labuuu
almaklumlah anak-anak kecil ada bersama
maka terpaksa lupakan niat nak main benda extreme

nak senang, ambil bas.
boleh la tidur setelah bangun seawal 6.30pagi
pilih saja dari mana nak bertolak. 
KL Sentral/ Pudu Sentral/ Gombak/ Kajang

sebaiknya beli tiket hari sebelumnya
ramai juga orang nak ke genting lagi-lagi makcik pakcik cina yang sudah tua
terfikir juga kenapalah mereka sanggup pergi genting pepagi buta ni
fikir logik, takkanlah nak naik spaceshot... kang ada yang dapat MI pula.


inilah angkatan belia yang bersama-sama menjayakan misi ke genting kali ini
semua excited sampai tak cukup tidur

oh, kami bertolak dari Pudu Sentral
*oh my PUduuuu!!! very modern u know~*
ambil pakej outdoor plus bas return plus genting skyway dengan hanya rm58
dari sini ambil bas terawal 7.30 pagi, dari sana bas terakhir 8.30 malam
sejam untuk setiap perjalanan. motippp jerrrr lama-lama kat sana kan!








 merentasi banjaran titiwangsa
gayat? huhu sikit la.
15 minit juga naik sampai puncak. kena yakin selamat
di saat melihat indahnya pemandangan, semua ketakutan itu hilang
yang ada hanyalah rasa kagum pada Dia dan betapa kerdilnya diri.



CorkScrew yang ohsem..
aku jangkakan sangat ngeri sampai boleh meloyakan
tapi serius cakap CS tak boleh lawan T-train di Everland
kalau nak beri markah tahap kepuasan, CS 4/10. T-train 10/10.
oleh sebab tak berapa puas, aku naik CS 3 kali
marbeles gitu!! sudah tau camera spot kat mana
last picture taken siap boleh buat peace ya aa awww~



ini Matahari. 
tak naik sebab tak mencabar kekekee :P
dengan kelajuan yang tak berapa laju,
pengunjung disajikan dengan panorama terindah outdoor park.



buaian yang marbeles!
rasa nak tercampak pun ada.
memang pening lalat la lepas naik benda ni.



stop main sebentar, bagi surut sikit rasa loya pening
maka pergilah kami ke sini menziarahi kaum kerabat dinasour



ini trex ( bak kata ijan)
sekali pandang macam real seyyh...
cuba bayangkan kalau trex ni hidup lagi, agak-agak apa jadi?
jeng jeng jeng


wani teringin nak pet dinasour seekor...
aku rasa better ambil kucing-kucing terbiar kat blok tu jadi pet
bela dalam rumah barulah tak susahkan orang lain




selain dapat berjumpa dengan beberapa keturunan dino,
para pengunjung juga berpeluang bertemu dengan manusia zaman batu...
 u u u a a a~~



tak disangka hujan turun di sebelah petang
maka indoor park amat sesak dengan tourist
kat sini banyak kedai makan tapi bila tengok harga
mak aiiii, aku ni kat malaysia ke kat london ni??! 
harga tiga kali ganda kot! 



oh memang sah.. aku kat London rupanya!! 
see the picture above, i tak tipu tau~~



tak pasti berapa suhu masa tu..
ala-ala sejuk musim bunga gitu :)



kalau tak naik FC memang rugi besar
masa nilah nak rasa perasaan superman terbang.

selain itu, naik sungai rejang flume ride
pengunjung diberi warning "anda akan kebasahan jika menaiki SRFR"
tapi aku tak expect la sampai basah kuyup! huwaaaaa~



satu lagi kepuasan yang tak ada kat tempat lain, Spaceshot.
naik dua kali memang tercabar keberanian
berbaloi baloiiii~~



alhamdulillah, selamat pergi dan balik :)
terima kasih belia sekalian kerana merealisasikan percutian ini
i bagi 5 bintang sebab hari tersebut sangat ohsem~


we came back with new spirit!! 
hooayeaaah~


ssm tinggal sikit lagi.mari berjuang!