By (the Token of) Time (through the ages),
Verily Man is in loss,
Except such as have Faith, and do righteous deeds,
and (join together) in the
mutual teaching of Truth, and of Patience and Constancy.
takut. sangat sangat.
kenapa aku rasa masa berlalu sangat pantas.
selaju cahaya bergerak. atau mungkin lebih laju...
dua bulan bertarung untuk ssm.
selesai.
seminggu di kem ppd ulu sepri.
selesai.
lagi sehari nak mula posting.
seram sejuk ni...
hari-hari di ulu sepri memang tak boleh dilupakan
ada orang rasa ia bosan dan buang masa.
aku rasa bersyukur sebab dalam berjuta-juta belia kat luar sana,
aku orang terpilih untuk datang ke kem ni
aku banyak belajar di sini
tentang PATRIOTISME,
tentang KEPIMPINAN,
tentang KERJAYA&MASA DEPAN,
tentang PERSAHABATAN
aku akan maju ke hadapan
tak mahu lagi berpaling ke belakang
segala yang pahit, aku telan
serik untuk mengalirkan air mata
aku tahu apa arah tuju hidup aku
siapa sahabat dan siapa kawan
aku ingin berubah
perlu kuat dan sabar.
tak mahu sia-siakan peluang
SuperSevens dan Prof Sani
terima kasih untuk segala tunjuk ajar dan nasihat
ingat dengan petik jari sudah boleh jadi doktor ke..
mana mungkin!
belajar susah... kerja penat
tapi ia adalah satu kepuasan yang terulung
di saat mampu bantu manusia lain dalam kesakitan
mari kerah semangat supersaiya
mari nikmati setiap detik sebagai pelajar perubatan tahun akhir
moga Allah permudahkan segalanya.
Amiin.