Showing posts with label food. Show all posts
Showing posts with label food. Show all posts

Friday, April 30, 2010

remember me?

yay!! tak sangka aku berjaya juga selak page terakhir.
da seminggu menghadap buku ni. tebal? tak lah sangat, maybe kind of not totally indulged. gonna read it for the second time...guess not!


story bout Lexi, yang ada perfect life: massive penthouse, great job and handsome hubby. everything is completely changed after she had an accident which ended up with losing her memory.



oougghhh....da lama aku mengidam nak baca buku yang bermanfaat.cuma sekarang ni tak ada yang menarik.mungkin kena minta recommendation dari kawan2.

semalam tulang aku ringan. so buatlah something special for minum petang. cukup mudah dan tak perlu banyak bahan. orang yang paling malas di dunia pun mampu buat. kalau tak boleh buat juga, haish dok tahu nok ghoyak gapo doH~~~


cheesy pizzardine
by Chef Mar
bahan2:
  • sardin cap ayam --->nak guna cap lain boleh juga.ikut suke
  • onion, tomato, chillies
  • mayonis
  • kraft single cheese ----> optional. better pakai mozarella kalau nak cheese tu melekit boleh ditarik panjang2
  • roti ----> paling senang roti buku. kalau nak mewah boleh guna roti pita. kalau nak rasa ori, buat doh piza terus
cara membuat:
  1. gaul semua bahan
  2. tepek atas roti
  3. susun dalam loyang (jgn lupa leset marjerin)
  4. sumbat dalam oven
  5. bakar!!!!!!!!!
selamat mencuba

2ne1 sudah stop buat show. lama lagi nak tunggu comeback. puas aku tengok mv dan 2ne1TV (entah da ke berapa ratus kali). bila dah tak ada show, CF pun layan. terubat jua kerinduan pada unni-unni and CL and Minji :)

p/s:
Bom unni, u look so exotic.
Dara unni, the camera is pretty gigantic! kekeke
Minji, what've u done with ur hair???
CL, no matter what u do, joahaeyo!




Sunday, April 25, 2010

cloudy with a chance of meatball


AMARAN:
Ini bukanlah cerita tentang movie yang dihujani dengan makanan yang melimpah ruah.

plan hari ini nak pergi ikea damansara. untuk apa? untuk makan meatball. kenapa pilih hari ini? kenapa tak esok? ada promosi ke? ke atau meatball akan turun melimpah-ruah dari langit hari ini? lalu turun ke ladang gandum.dan uuh jadilah koko crunch!!! ok tetibe iklan tersesat kat sini

T.I.D.A.K! Hanya kerana saja-saja...buang tabiat.jalan-jalan cari makan.

tepat pukul 10.45 sampai di ikea. ikut kata mahir, meatball start dijual pukul 11. tapi hari ni,delayed 30 minit. kami tunggu sambil minum coffee dan beli daim cake. nasib baik refill free. so sambil menunggu, telan coffee dan bergurau senda. kami tengok orang keliling. orang keliling tengok kami. tetiba, mahir cakap "jom beratur". aku cakap "lambat lagi. baru 11.15". aku tengok dekat kaunter meatball.

MAIK AIII!!! barisan da panjang 15 meter. dahsyat! tu pun nasib baik ada 2 kaunter. mahir cakap "orang ramai datang sini nak makan meatball je. memang sedap! femes tauuu". 30 minit lepas tu baru dapat makan. sedap? SANGAT MENJILAT JARI!!
kenyang sampai tak larat nak telan meatball terakhir. terpaksa tarik nafas dalam-dalam. penat nak kunyah.

harga standard la, makan makanan western. ada 3 set: 5biji rm5, 10biji rm10 dan 15biji rm14. setiap set tu ada fries and gravy sauce. yang peliknya die letak sekali jem stoberi. bak kata ummi untuk biar ada rasa manis masam gitu. kombinasi yang sangat tidak sepadan tetapi bila masuk mulut, "WOW!!!"

selesai makan round dalam ikea. fuyoooh~~~~ cantik giler furniture! tak sabar nak pindah rumah baru.nanti nak decorate lawa-lawa bilik i sendiri.waaaaaah gitu la! cita-cita mesti tinggi beb..


ummi cakap "esok kita buat meatball. makan dengan mee soya tambah carbonara mushroom prego." perrrrr...mouth watering betul. ummi ni memang serba boleh. semua benda die bolah masak. sebab tu tak selalu makan dekat luar. setiap kali kalau makan kat lua, ummi mesti cakap "oo yang ni senang je nak buat. ummi pon boleh buat juga" aku ngan mahir geleng kepala je. haha da masak dengan perangai ibu tersayang. tapi ummi tak tipu. aku rasa kalau masuk rancangan tv iron chef, kalah teruk semua chef tu LOL!

Friday, April 23, 2010

freakin' out

clock is ticking. now its 1 in the morning and yet i still awake. banyak betul benda dalam otak. Dr. Fadzillah Kamsah cakap kalau nak tidur kena kosongkan otak. relax. tapi aku sekarang serabut. takut. sampai tak tertelan air liur aku.

esok pagi aku harus bangun awal. ada temujanji dengan ibu. jadi pemandu tanpa gaji dan hantar ibu pergi shopping di tesco. time tu aku akan telefon pejabat akademik. kenapa? sebab result akan keluar esok tepat jam 9.30 (aku ase la). ok fr sure jamm phoneline tu nanti. oh baru aku teringat. dulu masa aku first year, aku telefon nak tahu result time aku kat tesco, tengah shopping dengan ibu. sungguh ajaib! ini kebetulan yang tidak dirancang.

ok. aku tak sure nak telepon ke tak. atau aku terus pergi kl. check direct dekat papan. tak perlu borak dengan kak keron ke kak jah ke. suara confirm menggeletar punya la.
kalau aku tak telepon esok, bila pula? lusa tulat da weekends. konpem pejabat tutup. nak pergi fakulti, mak aii malas nak drive. boleh ke fokus? kang otak aku ke mana kereta aku ke mana.

so hari semalam aku cuba tenangkan diri.
ibu buat rose jelly. nak nampak mewah tambah creamer milk. simple but delicious! sempat singgah kat sate kajang masa fetch adik dari sekolah dan beli berpuluh cucuk. kenyang. puas. langsung tak fikir da pasal result. bagus. memang tu yang kita mahukan.

tu hanya sementara. yang pasti jantung aku semakin kuat berdenyut. aku boleh dengar carotid pulse kat leher aku ni. irregular rhythm. ya Allah, moga esok dipermudahkan segala urusanku. aku terima segala ketentuanMu. berikanlah apa yang terbaik buatku.
Amiin~~~

huarrgh..ok la nak tidur.takut esok tak boleh bangun pula.
good bam~~~