Sunday, April 25, 2010

cloudy with a chance of meatball


AMARAN:
Ini bukanlah cerita tentang movie yang dihujani dengan makanan yang melimpah ruah.

plan hari ini nak pergi ikea damansara. untuk apa? untuk makan meatball. kenapa pilih hari ini? kenapa tak esok? ada promosi ke? ke atau meatball akan turun melimpah-ruah dari langit hari ini? lalu turun ke ladang gandum.dan uuh jadilah koko crunch!!! ok tetibe iklan tersesat kat sini

T.I.D.A.K! Hanya kerana saja-saja...buang tabiat.jalan-jalan cari makan.

tepat pukul 10.45 sampai di ikea. ikut kata mahir, meatball start dijual pukul 11. tapi hari ni,delayed 30 minit. kami tunggu sambil minum coffee dan beli daim cake. nasib baik refill free. so sambil menunggu, telan coffee dan bergurau senda. kami tengok orang keliling. orang keliling tengok kami. tetiba, mahir cakap "jom beratur". aku cakap "lambat lagi. baru 11.15". aku tengok dekat kaunter meatball.

MAIK AIII!!! barisan da panjang 15 meter. dahsyat! tu pun nasib baik ada 2 kaunter. mahir cakap "orang ramai datang sini nak makan meatball je. memang sedap! femes tauuu". 30 minit lepas tu baru dapat makan. sedap? SANGAT MENJILAT JARI!!
kenyang sampai tak larat nak telan meatball terakhir. terpaksa tarik nafas dalam-dalam. penat nak kunyah.

harga standard la, makan makanan western. ada 3 set: 5biji rm5, 10biji rm10 dan 15biji rm14. setiap set tu ada fries and gravy sauce. yang peliknya die letak sekali jem stoberi. bak kata ummi untuk biar ada rasa manis masam gitu. kombinasi yang sangat tidak sepadan tetapi bila masuk mulut, "WOW!!!"

selesai makan round dalam ikea. fuyoooh~~~~ cantik giler furniture! tak sabar nak pindah rumah baru.nanti nak decorate lawa-lawa bilik i sendiri.waaaaaah gitu la! cita-cita mesti tinggi beb..


ummi cakap "esok kita buat meatball. makan dengan mee soya tambah carbonara mushroom prego." perrrrr...mouth watering betul. ummi ni memang serba boleh. semua benda die bolah masak. sebab tu tak selalu makan dekat luar. setiap kali kalau makan kat lua, ummi mesti cakap "oo yang ni senang je nak buat. ummi pon boleh buat juga" aku ngan mahir geleng kepala je. haha da masak dengan perangai ibu tersayang. tapi ummi tak tipu. aku rasa kalau masuk rancangan tv iron chef, kalah teruk semua chef tu LOL!