Friday, June 25, 2010

LPC

bukan 'Labour Progress Chart' tauuuu
...tapi 'Life Progress Chart'
2/52 di o&g, secara rumusannya
hidup kelam lagi kabut.
berdiri atas kaki sendiri memang melenguhkan.
muka makin tebal, telinga makin kenyal.

kerja aku ulang alik kelas-wad-LR-bilik-wad. penat~~~
paling seronok masuk LR.
mula-mula memang blur habis. tapi takpe.belajar sikit-sikit.
1st oncall siang hari, tak lah mencabar sangat
2nd oncall malam. *woot woot*
patient tak putus masuk. lepas satu keluar, masuk yang baru.
tu tak kira lagi yang primid ke multiparous ke..
tunggu tunggu dan tunggu. baby tak keluar lagi.
tengok mummy memang sebak~
"wah, kalu lagu ni aku tok seh ghanok laaa"

setiap kali aku masuk LR, aku akan teringat Ummi
macam mana la Ummi rasa time lahirkan aku
aku akui aku bukan lah anak yang amat sempurna solehah nya
pernah juga menghiris hati ibu tercinta.
Abah pun sama.
golongan bapa selalu dipinggirkan.
tapi aku rasa mereka yang patut dijulang.
tanpa Abah, Ummi takkan punya teman
tanpa Abah, aku takkan punya jasad dan ruh

*sob sob*
ok...stabilkan emosi semula!

mari tukar topik~
dengan bangganya aku war-warkan
aku jadi MC utk PAC
1st time ni..memang melucukan
amatur la katakan. kekeke
terketar gak lutut tapi muka maintain cool
memang pelakon terhebat nusantara la aku ni!

dah jadi MC, nak jadi runner pula
orang cakap gipang~~
peduli apa aku.dah kau tak mo join. huh!
orang peluh-peluh sebab lari
aku peluh-peluh sebab pakai baju 2 lapis di tengah hari
tanpa kehadiran kipas yang boleh membekalkan angin sepoi-sepoi bahasa


aku main cucuk-cucuk orang.
seronok!
lepas ni makin sibuk. ini benar!!
buat assignments... buat part-time job...
buat tu buat ni
kadang2 terlintas di fikiran "kenapa kau amek jalan ni ha madi?"
nak sedapkan hati, aku jawab pertanyaan sendiri: "tak apa.tengok senior.boleh aja survive.."
tapi gundah itu tidak hilang.
tak apa lah. selagi ada kudrat selagi ada sisa baki masa,
terus usaha!

p/s: paling penting jaga iman dengan Dia :)

To: Miss N

Saudari,

mungkin saudari terkejut dengan kehadiran surat ini.
tapi saya terpaksa meluahkan apa yang terbuku dalam hati

saya sedar cik lebih lama makan asam garam
oleh itu cik patut lebih bersikap matang dan paling penting hormati insan lain
saya terpana ketika cik mengherdik saya sedangkan ketika itu saya tidak kacau cik dan langsung tidak buat apa-apa kesalahan. masih saya ingat perkataan yang keluar dari mulut laser cik
"haaa!!! dah lepas tengok fail tu, pandai-pandai la letak balik. jangan buat
macam taik!"

ya Rabbi~~~
mana hilangnya sifat hormat cik kepada orang?
jikalau saya berbuat kesalahan, tegurlah secara baik.
tidakkah buruk akhlaknya jika suka memarahi orang sesuka hati...

satu perkara lagi, mengapa cik suka bermuka masam?
bila saya dan lain-lain memaniskan muka,
cik balas dengan seribu kemutan di wajah
ditambah dengan jelingan tajam yang amat menjengkelkan
tahukah cik bahawasanya, dengan berbuat demikian
tidaklah membuatkan saya takut malah menimbulkan perasaan benci dan marah.
berbalas senyuman itukan sifat mahmudah.

pada mulanya, saya hanya mengambil enteng perkara ini
namun bila saya tahu yang lain juga berasakan apa yang saya rasa kerana cik juga melayan mereka seperti itu,
perasaan yang timbul dalam hati saya meluap-luap.
saya amat terkilan kerana cik bukanlah tua sangat,
malahan mungkin lebih kurang sebaya saya
wajarkah cik bersikap begitu sedangkan senior cik pun tidak memperlakukan kami seperti itu

saya tidak mengharapkan apa-apa. cuma saya berdoa agar cik berubah dan tidak lagi mengulangi sikap itu lagi. moga cik belajar untuk lebih menghormati orang lain, barulah orang boleh menghormati cik semula.

yang benar,
saya.

Friday, June 11, 2010

Oh & Gee

alhamdulillah
selamat pergi dan kembali
macam tak percaya.
rasa masa terlalu singkat berada di sana.

sampai saja hukm terus check posting group
ya Rabbi~~~ memang tak salah lagi.
patut la naluri aku begitu kuat untuk posting tu
tengok kawan2 yang sama group.
waaaa semua yang mantap2, sempoi2. bagus
OH OH OH OH...
GEE GEE GEE GEE...
mari nyanyi same2~

aku ingat lagi tatkala aku mendengar Prof Yasmin
menyampaikan amanat bagi pihak ibu dan bapa
susah payah aku menahan sebak, malu ingin mengalirkan air mata
terasa seperti ummi dan abah yang berkata-kata
"...kami serahkan anak ini untuk kalian didik..."
"...moga anak ini akan berguna dan berjasa kepada agama, bangsa dan negara..."
sayu. jiwa diruntun pilu
terasa bahu ini menggalas suatu beban yang amat berat,
amat berharga

kalau dulu bila orang tanya : "nak jadi apa bila besar?"
aku jawab : "doktor."
orang tanya : "kenapa?"
aku jawab : "nak selamatkan orang."
kadang2 aku ada terfikir "sebab doktor boleh buat duit."
typical thinking!

sekarang baru aku sedar.
aku jadi doktor bukan sebab aku nak jadi doktor
tapi sebab rakyat perlukan doktor
(petikan dari ayahanda dean aku)
bukan duit yang jadi ukuran.
bak kata fasi aku, kalau jadi doktor semata-mata nak duit,
baik fikir 2-3 kali lagi
kerana duit kita perlu korbankan masa, tenaga dan emosi.
which is tak ada ertinya
tapi kalau ikhlas, segala yang dikorbankan tidak terbanding dengan rasa syukur, belas kasih dan kepuasan yang dicapai
malah tidak mampu dibeli dengan wang ringgit sekalipun

bila angkat ikrar, berjuraian air mata jatuh
(pertama kali rasa syahdu bila berikrar)
T.A.K.U.T
takut kalau aku tak dapat penuhi janji
takut kalau aku jadi doktor yang lupa pegangan
takut kalau aku semakin hilang rasa kemanusiaan
dan paling takut kalau aku nanti bukanlah aku yang sekarang

Sunday, June 6, 2010

beastly vs beautiful creatures

tajuk entry yang langsung tak ada kaitan. memang ketandusan idea. before starting the clinical class, aku sempat lagi habiskan 2 buah buku. memang best. ingat nak beli lagi tapi rasa macam tak ada masa untuk baca. so better beli med books dulu. haha harap-harap boleh khatamkan text books tu before posting bermula. (i doubt with that)


Beastly:
buku ni aku pernah cerita dalam entry yang lepas.
tak sabar nak tunggu movie version pula.


Beautiful creatures:
jalan cerita agak pelik. mula-mula baca memang pening sebab sangat complicated. tapi aku suka!! jangan tak percaya, yang ini pun Warner Bros nak bikin movie. (i wonder what it'd be..)

cemburu rasanya bila belek E-reader Wae. seronok boleh letak berjuta-juta buku. handy senang nak bawa ke mana-mana. berbelah bagi nak buat keputusan. besides reading, aku pun suka kumpul buku. nanti nak beli kabinet rak yang besar. then susun cantik-cantik.. wiiiiiiiiii~~

ok mari beralih ke setori yang lain.

secara rasminya aku ada bilik sendiri. ye, aku ulang, sendiri. perasaan??? sangat3 teruja. ye la aku ni mana pernah duduk seorang diri. masa 1st year ada 1 roomate. masa 2nd year ada 2 roomates. sekarang aku tinggal sorang-sorang. aku balun cat dekat rumah lalu aku bom bilik.maka jadilah ia warna merah jambu sejambu-jambunya. penat angkut barang memang tak boleh digambarkan. paling seksa masa angkat buku2. berat ya Rabbi!!

esok pukul7.30 pagi perlu berkumpul. nak pergi berkelah. eh silap silap. berkhemah. sampai khamis. (lega tak lama) harapan??? moga pergi dan balik selamat. event paling anticipated : kembara. masa 1st year tak dapat buat jungle trakking disebabkan hujan lebat. doktor cakap bahaya, jalan licin dan penuh dengan bloodsucker eeeuww. semalam aku beli vicks, minyak kapak, handiplast, aspirin bla bla bla. semangat kan?! so kali ni mintalah ada. insyaallah

ok la nak kemas beg. daaaaaaa~~