Friday, June 25, 2010

To: Miss N

Saudari,

mungkin saudari terkejut dengan kehadiran surat ini.
tapi saya terpaksa meluahkan apa yang terbuku dalam hati

saya sedar cik lebih lama makan asam garam
oleh itu cik patut lebih bersikap matang dan paling penting hormati insan lain
saya terpana ketika cik mengherdik saya sedangkan ketika itu saya tidak kacau cik dan langsung tidak buat apa-apa kesalahan. masih saya ingat perkataan yang keluar dari mulut laser cik
"haaa!!! dah lepas tengok fail tu, pandai-pandai la letak balik. jangan buat
macam taik!"

ya Rabbi~~~
mana hilangnya sifat hormat cik kepada orang?
jikalau saya berbuat kesalahan, tegurlah secara baik.
tidakkah buruk akhlaknya jika suka memarahi orang sesuka hati...

satu perkara lagi, mengapa cik suka bermuka masam?
bila saya dan lain-lain memaniskan muka,
cik balas dengan seribu kemutan di wajah
ditambah dengan jelingan tajam yang amat menjengkelkan
tahukah cik bahawasanya, dengan berbuat demikian
tidaklah membuatkan saya takut malah menimbulkan perasaan benci dan marah.
berbalas senyuman itukan sifat mahmudah.

pada mulanya, saya hanya mengambil enteng perkara ini
namun bila saya tahu yang lain juga berasakan apa yang saya rasa kerana cik juga melayan mereka seperti itu,
perasaan yang timbul dalam hati saya meluap-luap.
saya amat terkilan kerana cik bukanlah tua sangat,
malahan mungkin lebih kurang sebaya saya
wajarkah cik bersikap begitu sedangkan senior cik pun tidak memperlakukan kami seperti itu

saya tidak mengharapkan apa-apa. cuma saya berdoa agar cik berubah dan tidak lagi mengulangi sikap itu lagi. moga cik belajar untuk lebih menghormati orang lain, barulah orang boleh menghormati cik semula.

yang benar,
saya.