selamat pergi dan kembali
macam tak percaya.
rasa masa terlalu singkat berada di sana.
sampai saja hukm terus check posting group
ya Rabbi~~~ memang tak salah lagi.
patut la naluri aku begitu kuat untuk posting tu
tengok kawan2 yang sama group.
waaaa semua yang mantap2, sempoi2. bagus
OH OH OH OH...
GEE GEE GEE GEE...
mari nyanyi same2~
aku ingat lagi tatkala aku mendengar Prof Yasmin
menyampaikan amanat bagi pihak ibu dan bapa
susah payah aku menahan sebak, malu ingin mengalirkan air mata
terasa seperti ummi dan abah yang berkata-kata
"...kami serahkan anak ini untuk kalian didik..."sayu. jiwa diruntun pilu
"...moga anak ini akan berguna dan berjasa kepada agama, bangsa dan negara..."
terasa bahu ini menggalas suatu beban yang amat berat,
amat berharga
kalau dulu bila orang tanya : "nak jadi apa bila besar?"
aku jawab : "doktor."
orang tanya : "kenapa?"
aku jawab : "nak selamatkan orang."
kadang2 aku ada terfikir "sebab doktor boleh buat duit."
typical thinking!
sekarang baru aku sedar.
aku jadi doktor bukan sebab aku nak jadi doktor
tapi sebab rakyat perlukan doktor
(petikan dari ayahanda dean aku)
bukan duit yang jadi ukuran.
bak kata fasi aku, kalau jadi doktor semata-mata nak duit,
baik fikir 2-3 kali lagi
kerana duit kita perlu korbankan masa, tenaga dan emosi.
which is tak ada ertinya
tapi kalau ikhlas, segala yang dikorbankan tidak terbanding dengan rasa syukur, belas kasih dan kepuasan yang dicapai
malah tidak mampu dibeli dengan wang ringgit sekalipun
bila angkat ikrar, berjuraian air mata jatuh
(pertama kali rasa syahdu bila berikrar)
T.A.K.U.T
takut kalau aku tak dapat penuhi janji
takut kalau aku jadi doktor yang lupa pegangan
takut kalau aku semakin hilang rasa kemanusiaan
dan paling takut kalau aku nanti bukanlah aku yang sekarang