ini barang sudah lapuk.
berdebu lagi bertompok kulat. eeew!
tapi sebelum sampai expiry date, better aku post.
*sebenarnya rasa menyemak je simpan lama-lama*
#1: the breakaway
aicece tajuk macam... *muntah hijau*
arakian pergilah kami ke Pangkor
konon-konon program kepimpinan
siap dengan janji-janji manis cakap aktiviti bebas
ikut suka nak buat apa..
padahal program BTN!
*sumpah rasa super loser je bila kena tipu hidup-hidup*
aigooo..tolonglah jangan perdaya orang cemni. tak baik tau!
terus aku mohon doa orang dianiaya.
minta-minta Allah perkenan. Amiin
mujur semua benda ditanggung free
so pergi pun lenggang kak limah aje la
tak apalah, asalkan dapat jumpa pantai.
lagipun dah lama teringin nak pergi pangkor since time jkm tak sempat
oleh itu, pasrah aje la
baiklah. mari pendekkan cerita sebelum aku menguap..
BTN ni super ohsem dan bergaya!
oh, tolak 2 slot BTN yang amat mengujakan aku untuk tidur
aktiviti dia agak bermanfaat lebih-lebih lagi time water splash. ekekeke
tengok saja muka-muka manis ini sudah tahu betapa super terujanya masing-masing
mild keterujaan
moderate keterujaan
super severe keterujaan
*ok jangan over sangat*
tapi paling tak boleh lupa malam kembara
perlu kumpul sign fasi sepantas mungkin, dengan syarat jawab soalan yang diajukan
checkpoint dok tanya pasal malaysia: perlembagaan la, konsep 1Malaysia la yada yada yada
hinggalah kami sampai satu checkpoint ni yang super special.
"ha kamu! ada berapa rukun iman?" (tanya kat sorang budak ni)
*senyap*
dik, rukun iman dik..kacang je tu!
"ok lah tukar orang. ha kamu! (tangan tunjuk aku).berapa rukun solat?"
*senyap*
"takkan itu pun tak tahu.."
aduiii..malu nya muka ceq rasa nak berlari super laju balik resort tidur.
terkial-kial nak jawab sambil ingat dan kira balik step solat.
malu kat gourpmates sebab soalan ni pun tak dapat jawab
malu kat murali sebab aku Islam tak dapat jawab
lagi SUPER DUPER malu pada Allah,
sebab 5 kali sehari aku solat, ditambah dengan 23 tahun sudah hidup
but yet tak boleh jawab soalan yang semudah kek itu!
oh malu malu malu malu malu malu malu malu malu malu
*meraung*
apakah moral yang boleh dapat di sini?
ibadah ni bukan sebab terpaksa atau mengikut orang atau dah jadi tabiat sejak turun-temurun.
tapi ibadah ni adalah amanah. semua wajib pikul, buat dengan rasa super ikhlas!
jangan jadi Muslim atas nama saja, tapi jadi Muslim yang super stylo yang terisi jiwanya.
cakap senang bukan...?
sumpah berani cakap susah nak buat.
mencari keredhaan Allah bukan semudah masak maggi
renung-renungkan lah
buang yang keruh ambil yang jernih.
#2: the batch's wedding breaker!
siapa tak tahu tukang pecah rekod kahwin paling awal dalam batch,
sila angkat tangan tinggi tinggi!
ok. untuk yang angkat tu, memanglah super ketinggalan zaman.
tahniah buat Cici *heart* Muhaymin
alhamdulillah cinta kamu membawa ke jinjang pelamin
moga femili yang kamu bina utuh dan disirami cahaya Islam.
wow! ayat super jiwang *senyum*
the bride.ayu dan cantik sangat.
berbeda sekali imej dia tatkala bermain futsal bersama-sama.
sedih tak dapat ambil both husband and wife sebab husband diculik orang time ni
menulis kata-kata nasihat. cewah..
eh! kata-kata semangat laaa..
tak layak lagi kasi nasihat.hehehe
satu dah lepas..
hmm giliran siapa pula lepas ni yek??
jeng jeng jeng~
ustaz ni orang ganu ke?
memang sempoi dan bergaya ok!