Saturday, December 31, 2011

pas-hidup-ohsem-di-sana


hari ni adalah hari paling bermakna buat aku

ngapain buk??

sebab aku rasa betapa hinanya bila kita taksub pada dunia


ye sangat jijik dan keji pada diri sendiri
eeuuww. blueeek. haaaktuihhh!!


buat seketika aku alpa
khayal tengok betapa seronoknya kalau jadi mereka
umur sebaya, tapi gaji sebulan rm30,000++,
kereta besar, rumah cantik (mestila kot),
pergi melancong lebih 3 kali setahun, ipad sorang satu
waaaahh nikmatnya!


aku betul-betul cemburu
sampaikan terlintas nak ikut mereka
dan stop kejar impian aku, impian umi abah..



astaghfirullahal'azim..

astaghfirullahal'azim..


dush!
dush!


sepakan penjuru tepat ke pipi.


lalai kejap
rasa seronok kejar harta ni kan
rasa bahagia kalau kaya-raya kan


tapi ko yakin ke benda ni akan buat ko bahagia kat sana nanti?
dah lupa ke apa visi ko hidup kat dunia ni?
apa ko nak jawab bila ditanya dari mana punca harta yang ko perolehi?
sanggup ke ko nak cakap, 'oh ni aku dapat lepas aniaya orang lain..'




‎"Apabila kamu merasa letih membuat kebaikan,
maka sesungguhnya keletihan itu akan hilang
dan kebaikan yang dilakukan akan terus berkekalan.

Dan sekiranya kamu berseronok dengan dosa
maka sesungguhnya keseronokan itu akan hilang
dan dosa yang dilakukan akan terus kekal."

[Saidina Ali]



cepat-cepat sedar apa matlamat aku
syukur aku punya sahabat yang selalu ingatkan aku
aku nak genggam ijazah doktor, nak buat umi abah happy
nak cari harta dari sumber yang aku tahu puncanya


dan PALING PENTING
mestilah nak dapat PAS-HIDUP-superOHSEM-DI-'SANA'.



insyaallah
tolong ingatkan aku ye.
*senyum*